Saturday, October 3, 2009

Bahtera Nabi Nuh: Segala yang ingin kuketahui dapat kupelajari dari, Bahtera Nabi Nuh!

1 orang yang peduli

SATU: Jangan sekali-kali ketinggalan kapal.

DUA: Ingatlah bahawa kita semua berada di dalam bahtera yang sama.

TIGA: Rancang kehadapan. Semasa Nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba musim hujan lagi.

EMPAT: Kekal sihat. Anda mungkin diminta untuk melakukan sesuatu yang besar semasa usia anda 60 tahun.

LIMA: Ketepikan segala kritikan. Teruskan kerja yang perlu diselesaikan.

ENAM: Tegakkan asas masa depan kamu di dataran yang tinggi.

TUJUH: Demi keselamatan semua, bergeraklah secara berpasangan.

LAPAN: Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah siput dan cheetah juga berada dalam bahtera yang sama.

SEMBILAN: Jika anda rasa tertekan, lupakan masalah itu seketika.

SEPULUH: Ingatlah bahawa, bahtera tersebut dibina oleh para amatur; Titanic pula dibina oleh para profesional.

SEBELAS: Tidak kira betapa kuat ribut yang melanda, apabila anda bersama-sama Allah SWT, kebahagiaan sentiasa menanti anda di hadapan.

Monday, August 31, 2009

Bersahur Cara Rasulullah S.A.W

0 orang yang peduli
Bersahur Cara Rasulullah
oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS

SUMBER:AL-KHAADEM

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur." – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.

Sabda baginda s.a.w :
"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan.

Firman Allah S.W.T:
"Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)." - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa'ad r.a berkata:
"Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w." - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: "Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar." - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat.
Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?" Beliau menjawab: "Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Monday, August 24, 2009

Uniknya Azan

1 orang yang peduli
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia.

Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum alunan azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 mInit jadi dalam jangka waktu ini, azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam. Belumpun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Adab Mendengar Azan

0 orang yang peduli
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Coba kita amati.. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Tidak takutkah kita dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba pabila kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Thursday, August 6, 2009

Sunday, April 19, 2009

Fun Fact 1

0 orang yang peduli
Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.

Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana buihnya yang naik ke atas.

Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu bila kita flush.

Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.

Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti.

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di Bumi.

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667.

Perang terpendek ialah di antara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.

Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.

Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali. Try ler keme dah terai memang tak boleh.

Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.

Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamanya ialah' Mary had a little lamb'

Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.

Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.

Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang tak ada misai.

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.

Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam.

American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1.

Kapal terbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.

Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.

CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen (Born in USA).

Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain.

Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.

Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.

Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesin taip.

Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati.

Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.

Saturday, April 11, 2009

Dari Hawa Untuk Hawa

0 orang yang peduli
Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu , andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah .

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan.. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan @cinta

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya .

Friday, February 13, 2009

Kata Hikmah Tentang Akal

0 orang yang peduli
Apabila sempurna akal, kurang perkataan. (Saidina Ali Abi Talib)

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (Ulama)

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. (Saidina Ali Abi Talib)
Justify Full
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim)

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. (Saidina Ali Abi Talib)

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. (Saidina Ali Abi Talib)

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. (Saidina Ali Abi Talib)

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. (Lidah pendeta)

Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. (Hamka)

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun. (Hamka)

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya. (Hamka)

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang. (Hamka)

Akal memainkan peranan yang penting. Bukitilmu penah dengar, berfikir menggunakan akal, mentafsir menggunakan hati. Dari akal kita bawa ke hati. Kalau hati bersih, pasti dapat berfikir secara rasional dan berlandaskan aqidah.

Friday, February 6, 2009

Muhammad SAW

0 orang yang peduli
GOLDZHIHER, seorang orientalis terkenal menyatakan: "Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru. Kemudian setelah 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.

Setiap bangsa pasti memiliki tokoh dipuji dan menjadi inspirasi bagi generasi selepasnya. Kesan peninggalan mereka menjadi sumbangan yang amat bererti untuk kemajuan bangsa dan negara.

Kisah hidup mereka dibukukan, idea dijadikan panduan dan kekentalan semangat mereka menjadi obor optimisme yang sentiasa membakar jiwa generasi baru. Umat Islam di seluruh dunia yang lahir daripada pelbagai etnik budaya dan bangsa sepakat untuk mempunyai seorang yang teragung untuk diikuti. Beliau adalah rasul yang amat dicintai, Muhammad SAW.

Tidak ada seorang manusia pun di bumi ini apabila kita menyebut namanya, mampu melonjakkan revolusi kemanusiaan. Kita berubah menjadi manusia yang bersemangat maju untuk mentadbir alam ini dengan jawatan sebagai Khalifatullah fil Ard. Inilah cetusan himbauan seorang politikus paling ulung, pentadbir negara dan pemimpin seluruh umat di dunia, Muhammad SAW.

Begitulah rahsianya mengapa kita disuruh untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Selawat umpama suntikan yang mengandungi kekuatan cinta dan rindu yang mengusik jiwa. Ia mencerahkan wajah, mengukuhkan hentakan kaki dan tangan. ia juga menajamkan akal fikiran dan merubah hidup anda menjadi tertumpu pada perjuangan. Untuk umat, bangsa dan negara!

Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan janji manis untuk menjadi setia, reda dan taat. Bukan sekadar hiasan pada bibir, pemanis mulut dan menunjuk riak pada sesama hamba.

Untuk apa selawat jika kenangan kita pada Rasulullah SAW hanya sekadar mengharap pahala yang sepuluh! Sedangkan pada masa sama kita melupakan cita-cita Baginda. Kita meninggalkan perjuangan sunnahnya, membiarkan umat ini mati jiwa dan minda. Sibuk memecah belah perpaduan, suka menyalahkan golongan lain dan hanya memuji golongannya sendiri.

Natijahnya, hilanglah kekuatan umat yang selama ini disatukan oleh rasul-Nya SAW. Jika Baginda masih hidup, pasti berasa amat sedih melihat keadaan seperti ini. Untuk apa selawat itu, padahal di hati rasul-Nya dilanda kesedihan.

Pujilah Rasulullah SAW dengan berselawat kepadanya. Tetapi, berselawatlah dengan nurani yang suci, pemikiran dan idea yang berisi inspirasi. Gerakan yang terfokus pada amal yang soleh dan perjuangan membangunkan umat. Panduan kita adalah sabda Baginda yang maksudnya: "Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku dia bukan termasuk golonganku." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setiap Muslim yang berazam ingin meneruskan perjuangan Nabi SAW kadang-kadang berasa patah semangat dengan ujian yang menjadi rintangannya. Ada juga yang api semangatnya terlalu berkobar-kobar hingga membakar diri sendiri. Sebahagian yang lain mencuba untuk melakukannya secara berkumpulan. Akhirnya, pengorbanan mereka menjadi agenda terselubung untuk kepentingan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Gerakan dakwah yang dilakukan terpesong menjadi usaha untuk mencari nama, mengejar populariti dan memperbanyak pengikut yang mahu dicucuk hidungnya sesuka hati. Begitu juga ia digunakan untuk menebarkan fanatisme golongan tertentu, yang akhirnya bersikap menyalahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan dalam tubuh umat. Itu semua adalah fenomena biasa dilihat dalam kehidupan pejuang dakwah.

Jika kita bersikap terbuka dengan pendapat orang lain dan melapangkan hati untuk memikirkan apakah kesilapannya, mungkin idea yang lebih jitu dan perancangan yang lebih teliti dapat dilakukan.

Perjuangan Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah Baginda. Isteri yang dikasihi adalah objek dakwah pertama, kemudian anak-anak dan ahli keluarga terdekat. Bagaimana dengan isteri dan anak kita? Sudahkah mereka mendirikan solat, berakhlak mulia dan taat setia kepada Allah dan rasul-Nya?

Kemudian Rasulullah SAW mengumpulkan kekuatan yang berada pada diri sahabatnya. Pada diri Abu Bakar kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan kekuatan harta. Kekayaan pada tangan seorang yang beriman menjadi faktor penolong untuk agama Allah.

Untuk itu umat Islam mesti keluar daripada paras kemiskinan supaya tidak terbelenggu dengan kezaliman penjajah. Ekonomi kita boleh dijajah, anak bangsa diperbodoh, hasil bumi dan kekayaan negara menjadi rebutan musuh-musuhnya. Relakah kita mengalami kejadian yang sama seperti saudara kita yang dijajah? Oleh itu, berjuanglah seperti apa yang diperjuangankan oleh Abu Bakar al-Siddiq.

Dalam peribadi Umar al-Khattab kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan ketokohan dan populariti yang karismatik supaya Islam dihormati kerana potensi unggul yang ada pada diri umatnya.

Jadilah orang yang bertanggungjawab di rumah, pejabat, jalan raya, pasar, sekolah, ladang dan kilang. Juga di mana saja kita berada, menyumbanglah untuk Islam, bangsa dan negara.

Sudahkah bangsa kita maju dengan potensi ilmu dan teknologi yang mampu menggerunkan bangsa lain? Sesungguhnya dalam diri Umar, murid dan pengikut setia Rasulullah SAW ada kekuatan yang cukup menggerunkan lawannya. Bagaimana dengan kita?

Begitu agungnya perjuangan yang dibentangkan Rasulullah SAW di hadapan sahabatnya. Inilah jalanku, sesiapa yang mengikuti sunnah perjuanganku akan bersamaku di syurga.

Mereka saling bersaing untuk memberi sumbangan kepada Allah dan rasul-Nya. Dengan harta, ilmu, kekuatan fizikal, bahkan menyerahkan jiwa pun mereka sanggup melakukannya demi cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Begitulah kekuatan selawat yang melahirkan gerakan untuk mengikuti perjuangan Nabi SAW.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Iman Semut dan Iman Manusia

0 orang yang peduli
Ko ingat ko kuat??? Aku lagi kuat tau!!!


Assalamu'alaikum Pembuka Bicara...

Dah lama aku tak lepak kat blog aku...atas pelbagai alasan yang agak munasabah..or maybe kurang logik.. Whatever!!!

SO, untuk entry kali ini, aku nak share dengan korang salah satu kisah para nabi yang aku kagumi..

Kisah kali ini berkisarkan tentang BESARNYA JURANG PERBEZAAN di antara IMAN SEMUT & IMAN MANUSIA...

Apa bezanya??? Yeke besar bezanya???? Hayati dan renung-renungkanlah ok?

Bismillahirrahmanirrahiim...

IMAN SEMUT???
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?" Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak (?) semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di soal oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?" Jawab Imam Suffian: "Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Credit: Tuan blog yang tulis cite di atas, maaf tak tau url blog, dapat cite ni dari email

Saturday, January 24, 2009

THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY!

0 orang yang peduli
IS IT GOLD?!!!! NO

IS IT DIAMOND?!!!! NO

IS IT MONEY?!!! NO

IS IT OIL?!!!!!! NO


CAN YOU GUESS?????




THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY IS


Wednesday, January 7, 2009

Di Sini dan Di Sana

2 orang yang peduli

Di sini, seronok mendengar dentuman bunga api
Di sini, riang gembira melihat langit berwarna-warni
Di sini, melonjak suka menyambut tahun baru masihi

Di sana, sengsara mendengar dentuman bom durjana
Di sana, tangis hiba melihat percikan darah saudara kita
Di sana, menunduk duka menyambut musuh lama

Sedarlah wahai saudara
Palestin menangis, patutkah kita ketawa?
Palestin dirobek, patutkan kita berpeluk tubuh saja?
Palestin hancur, patutkah kita tak rasa apa?

Hulurkan derma tanda kita peka
Panjatkan doa tanda kita mengasihi mereka
Tunjukkan bantahan tanda kita tidak redha

Bantuan Allah pastikan bersama kita!
Israel yang angkuh pastikan merana!
Bumi Palestin pastikan merdeka!