Friday, December 19, 2008

Mental Kaya Mental Berjaya

Dari pemerhatian teliti, orang berjaya menjadikan sikap suka menambah ilmu satu kemestian pada diri mereka. Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, mereka menambah ilmu dengan penuh konsisten sebab merasai kesan daripada sikap itu.

Mereka percaya kejayaan dan kekayaan bermula dari dalam minda. Untuk itu, minda perlu dipenuhkan dengan maklumat sebanyak mungkin.

Mental kaya dengan maklumat berpontensi besar untuk berjaya sebab di dalamnya tersimpan banyak ilmu. Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman, pembacaan, pengkajian dan penganalisaan.

Untuk nak berjaya dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan, ubah diri anda supaya rajin memasukkan maklumat. Gunakan apa saja cara sebab maklumat sekarang ini banyak di dapati dalam pelbagai bentuk, antaranya teks bertulis untuk dibaca, mp3 untuk didengar, video untuk dilihat mahupun podkas (podcast) dari Internet.

Nak jadi pelajar cemerlang, kena rajin membaca, mengulangkaji dan berlatih, terutama untuk subjek pengiraan. Korbankan masa anda untuk tujuan ini dan lupakan perkara lain, selagi masih belum cemerlang.

Nak jadi pekerja cemerlang, kena rajin buat kerja dengan penuh kualiti, perbaiki komunikasi dan cari cara bagaimana untuk sentiasa mendisiplinkan diri.

Nak jadi usahawan cemerlang, banyakkan membaca tentang jenis perniagaan, kaji cara pemasaran dan cara pengurusan pelanggan. Ingat, kecemerlangan bermula dengan ilmu. Diri yang berilmu bermula dari sikap suka membaca.

Walaupun kesannya sedikit memakan masa, namun, sejarah sudah membuktikan, mental kaya akan membentuk mental berjaya. Perkaya mental anda dengan ilmu. Siapa yang empunya mental, sudah tentu namanya tergolong dalam senarai orang-orang berjaya!

Source: email daripada imotivasi@gmail.com

Sangat seswai untuk aku, terutamanya. Oh, tapi macam mana pulak kalau nak kuatkan ingatan erk? Dah la aku ni lemah ingatan @sedih

Sape ada cara best, sila-sila la kongsi yep! TQ!Justify Full

0 orang yang peduli: