Monday, December 1, 2008

Khasiat Madu & Perbezaan Madu Asli dan Madu Tiruan

Madu. Yep. Baru-baru ini aku mula untuk cuba mengamalkan sunnah Nabi ini (betulkan jika aku silap). Aku amalkan makan madu tiap pagi dan malam, tapi ada la jugak miss lupe nak makan. Tak pe, pelan-pelan ye Sakinah.

Banyak khasiat madu. Memang tak dapat disangkal lagi.

Keistimewaan Madu Lebah:
1- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
2- Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
3- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
4- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
5- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
6- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
7- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
8- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
9- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
10- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.

Surah An-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.

Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".

Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.

Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Kandungan Madu Lebah:
Vitamin;
1- Vitamin A
2- B-Komplek
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K

Zat Galian;
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Naterium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Maganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium

Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit

Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".

Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain".

Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.

Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".

Cara makan madu lebah:
1- Dimakan terus.
2- Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.
3- Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.

Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan".

sumber: Panduan Mencerdaskan Minda oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Jaafar Salleh, Penerbit Telaga Biru, M/Surat 50-52

Walau bagaimanapun, dengan sifat busuk hati dan tamak peniaga sekarang, kadang kala madu tiruan dikatakan madu asli. Tak pasal-pasal, apa yang kita minum itu gula semata. Mari kita lihat perbezaan Madu Lebah yang asli dan tiruan.

Saya pernah tertanya2 macam mana nak bezakan madu asli dan madu campuran. Madu yang banyak terdapat di pasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam campuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Lebih malang jika kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandungi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya, berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli.

Ada juga sesetengah madu asli di pasaran yg telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli. Saya pernah mengalami penutup botol madu mak saya melantun/meletup, mungkin betullah madu yang mak saya beli 100% pure honey, tiada bahan campuran. Botol madu rumah saya sendiri tak pernah meletup… hemmm…

Madu lebah liar mengandungi propolis, debunga lebah dan royal jelly jika dibandingkan dengan madu lebah biasa yang hanya mengandungi madu. Sebahagian pengkaji madu menyatakan semakin hitam madu semakin baik dan semakin berkhasiat walaupun sebenarnya warna bukan menentukan keaslian madu.

Ramai dikalangan penjual madu sendiri gagal memberikan penjelasan bagaimana utk bezakan yang asli dan tiruan. Bagi menguji keaslian madu liar asli atau madu lain sedikit panduan boleh dipelajari. Sukar sebenarnya untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu tulen dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.

Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :

1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)

2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu

3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.

5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.

6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.

Semoga tips ini dapat membantu.

N.B. Ada statement yang menyatakan tak elok madu diletakkan dalam peti sejuk, kerana enzim/kualiti madu akan berkurangan, wallahu'alam.

sumber: http://bawangorengnet.blogspot.com/2007/12/perbezaan-madu-asli-dan-tiruan.html

Mari kita amalkan sama-sama @senyum Sangat seswai untuk yang lemah ingatan.. macam aku. Haha

Sakinah: Aku rasa cam madu aku tu, tiruan jerk! Erk... tak pe tak pe nanti kita confirmkan k Sakinah!

3 orang yang peduli:

NWO Observer said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Global Marketing said...

Info terbaik.....Jemput lawat madu asli kami ianya asli terus dituai dari pokok tualang
http://originalmadutualang.blogspot.com/
TQ

Anonymous said...

Tq/ Artikel ni amat membantu